Memaparkan catatan dengan label tips penyusuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips penyusuan. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mei 2015

AIR MERBAHAYA KEPADA BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum...

Sambil-sambil melihat siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Perak, sambil berblogging...best nyer work at home mom ni...hihi...

Saya suka sangat tengok program istiadat diraja ni sejak kecik..naper tah...

Ok, posting kali ni saya nak cerita kenapa air sangat merbahaya kepada bayi baru lahir.



Tahukah ibu-ibu semua bahawa bayi baru lahir tidak memerlukan air tambahan?

Bayi baru lahir hanya memerlukan susu ibu semata-mata.

Walaupun pada awal kelahiran susu seperti tiada tetapi sebenarnya bayi hanya memerlukan kolostrum yang mana terdapat kandungan air di dalamnya.

Bayi tidak boleh diberikan air selain susu ibu kerana bimbang akan bayi akan mengalami pelbagai masalah kesihatan kelak. Ini kerana kebanyakkan sistem badan bayi masih belum matang sepenuhnya dan belum mampu berfungsi dengan baik.

Sekiranya bayi diberikan air pada awal kelahiran, dibimbangi bayi akan mendapat risiko penyakit seperti berikut:- 

  • Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit kuning dan boleh menyebabkan jaundis menjadi bertambah teruk.
  • Air yang banyak boleh menyebabkan keadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlaku, kandungan natrium (garam) dalam darah bayi menjadi cair dan boleh menyebabkan badan bayi tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan berlaku perubahan pada tahap mental bayi dan suhu badannya akan turun dengan mendadak. Bayi mungkin akan mengalami kembung perut dan sawan tarik.
  • Air tidak mengandungi sebarang nutrien. Sekiranya badan bayi dipenuhi dengan air maka berat badan bayi turun dan mungkin tidak bertambah.
  • Bayi yang diberikan air akan kurang berminat untuk menyusu dan jika bayi kurang menyusu maka susu tidak dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Ia akan menghalang penghasilan susu secara optimum.
  • Air akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan boleh mengganggu penyusuan. Pada hakikatnya bayi sangat memerlukan susu ibu untuk mendapatkan nutrien penting untuk membesar. Perkembangan otak yang pesat berlaku pada masa ini, dan ia sangat merugikan sekiranya bayi hanya banyak minum air kosong berbanding susu ibu yang tinggi kandungan nutriennya. 
  • Bayi boleh terdedah kepada jangkitan kuman dan cirit-birit. Keadaan ini boleh berlaku kerana bekalan air atau sumber air boleh tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan yang tidak bersih. Walaupun kita yakin air itu telah bersih tetapi kita perlu tahu bahawa badan bayi belum cukup matang untuk berhadapan dengan jangkitan kuman. Sebaiknya kita hindari memberi bayi minum air selain susu ibu. Selain itu, cirit-birit yang teruk akan mengancam nyawa bayi.
Haaa...banyakkan risiko yang perlu kita hadapi jika  kita memberikan bayi minum air. Jadi adalah lebih baik jika para ibu dapat mengelak memberi bayi minum air selain susu ibu sehingga umurnya genap 6 bulan.

********************************************
Nutrisi yang berkhasiat penting untuk tumbesaran bayi, kekurangan nutrien akan mengganggu tumbesaran bayi, oleh itu ibu yang prihatin akan memastikan bayinya mendapat cukup nutrien dari susu ibu yang diberikan. Dapatkan set penyusuan Shaklee untuk ibu-ibu yang ingin menambah susu badan dan memastikan susu ibu penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh bayi.







Selasa, 28 April 2015

KAEDAH SENTUHAN KULIT KE KULIT

Assalamulaikum..

Pernah dengar tak kaedah sentuhan kulit ke kulit?

Kalau tak pernah dengar meh saya nak cerita...

Kaedah sentuhan kulit ke kulit ni adalah kaedah yang mana bayi baru dilahirkan  diletakkan dalam keadaan meniarap di atas dada ibu.

Saat bayi dilahirkan, tubuh bayi hanya perlu dilapkan dengan kain kering untuk menghilangkan lendir-lendir dan juga sisa darah yang melekat pada bayi.

Untuk memastikan ibu dan bayi selesa, sehelai selimut bolehlah diletakkan untuk menyelimuti ibu dan bayi. Cara ini juga dapat membantu mengelakkan bayi kehilangan haba.

Melalui kaedah ini, ibu dan bayi dapat terus berinteraksi melalui ransangan sentuhan, haba dan bau. 

Kebaikan kaedah sentuhan kulit ke kulit.

  • Kajian menunjukkan bayi yang diletakkan dalam keadaan begini akan mempunyai suhu tubuh, denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah dan aras gula dalam aliran darah lebih stabil berbanding bayi yang dipisahkan terus dari ibunya.
  • Haba dari tubuh ibu dapat dipindahkan terus kepada bayi untuk membantu menstabilkan suhu tubuh bayi yang baru dilahirkan.
  • Masalah alahan dapat dikurangkan kerana kulit dan sistem penghadaman bayi dikoloni oleh bakteria yang sama dengan ibunya.
  • Hubungan ibu dan bayi akan lebih erat bila sentuhan dapat dimulakan seawal mungkin.
  • Bayi lebih tenang dan kurang menangis.



Bagaimana kaedah ini membantu penyusuan ibu?
  • Kaedah ini dikatakan dapat membantu bayi memulakan penyusuan pertama dengan lebih berkesan.
  • Tindakbalas semulajadi bayi terhadap persekitarannya dapat dugunakan sepenuhnya jika bayi diletakkan dalam keadaan begini.
  • Bayi cuma perlu dibiarkan berada di atas dada ibu sebaik sahaja dilahirkan.
  • Bayi akan perlahan-lahan mencari puting susu ibunya. 
  • Bau payudara ibu yang seperti bau air ketuban dan warna puting ibu yang gelap akan membantu bayi untuk menuju ke arah payudara ibunya.
  • Bayi yang sihat akan menggerakkan tubuhnya ke arah puting susu ibunya tanpa sebarang bantuan dan dapat memulakan hisapan pertama dengan mudah dan berkesan dalam masa 10-60 minit.
  • Kaedah ini dapat membantu kejayaan penyusuan yang seterusnya dan juga mengelakkan ibu menghadapai masalah puting luka, bengkak susu dan sebagainya.

Haaa...baguskan kaedah ini... masa saya lahirkan Syamil dulu bukan dekat hospital rakan bayi, memang takde la semua tu...tapi disebabkan saya pernah baca tentang kaedah ni, saya buat jugak la walaupun bukan lepas kelahiran Syamil..hiihi...

okey, happy reading..semoga bermanfaat buat semua bakal ibu dan juga ibu-ibu yang lain.


Sumber rujukan : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu / Zaharah Sulaiman / Tengku Alina










Isnin, 27 April 2015

MENINGKATKAN SUSU IBU DENGAN POWER PUMPING

Assalamualaikum...

Masa menyusukan Syamil dulu, saya menghadapi masalah kekurangan susu. Pelbagai cara dan kaedah saya usahakan untuk memastikan saya dapat menyusukan Syamil.

Antara cara yang saya gunakan ialah power pumping. Saya yakin ramai ibu-ibu di luar sana menghadapi masalah yang serupa seperti saya. 

Jom saya share kan dengan ibu-ibu semua bagaimana power pumping dapat membantu meningkatkan  kembali pengeluaran susu ibu.

Secara asasnya payu dara menghasilkan susu apabila adanya permintaan (Konsep demand & supply) Kekerapan bayi menyusu adalah cara bagaimana untuk meningkatkan penghasilan susu. Tetapi dalam keadaan tertentu, penghasilan susu akan merudum contohnya semasa kedatangan haid, ibu terganggu atau stress dan sebagainya.

Apa dia  Power Pumping ni?

Okey, power pumping adalah satu teknik hisapan yang mirip bayi menyusui ibunya. Namun begitu teknik ini memerlukan sokongan pam susu untuk menjayakannya. Teknik ini dapat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ia mampu membantu meransang kalenjar pitiuari untuk meningkatkan penghasilan prolaktin.

Bagaimana cara Power Pumping?

Power Pumping bukanlah pengganti kepada sesi memerah susu harian biasa. Ia adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu dengan menggantikan satu sesi memerah susu biasa dengan satu sesi alternatif yang direka secara strategik. Power Pumping berfungsi untuk mengosongkan payu dara secara berulang kali dan dengan cara ini ia memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Untuk melakukan Power Pumping ini, pilihlah satu masa selama sejam, seeloknya awal pagi atau tengah malam sewaktu kita berada dalam keadaan tenang. (Contohnya 6 pagi setiap hari)

Jika anda menggunakan double-pump, gunakan kaedah ini:-

  1. Pam 20 minit, rehat 10 minit
  2. Pam 10 mint , rehat 10 minit
  3. Pam 10  minit dan habis.
Dan jika anda menggunakan single-pump, anda boleh gunakan kaedah ini:-
  1. Pam 10 minit payudara kanan
  2. Kemudian pam 10 minit payudara kiri
  3. Pam lagi payudara kanan selama 10 minit
  4. Lakukan proses yang sama selama 1 jam.

Ia memberi lebih kurang 40 minit masa mengepam dalam tempoh satu jam. Teruskan memerah susu mengikut jadual seperti biasa. Lakukan setiap hari sehingga penghasilan susu dapat ditingkatkan. Ada orang dalam masa 3 hari sudah menunjukkan hasil dan ada juga sehingga 7 hari baru nampak hasilnya. Apa yang penting adalah usaha dan tekad ibu-ibu untuk memastikan bayi dapat menyusu dengan susu ibu.



Siapa yang perlu melakukan Power Pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu (Mungkin berpunca daripada datang bulan, hormon tak stabil, emosi terganggu, stress dan sebagainya)
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat (teknik ini bagus untuk meransang penghasilan susu)
  • Ibu yang relaktasi atau ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.
Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit.

Ada juga ibu-ibu yang telah berusaha membuat Power Pumping saban hari tetapi susu masih sedikit. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu penghasilan susu anda. Cuba selidik semula perkara-perkara berikut.
  • Mengambil pemakanan seimbang
  • Mengambil air 3 liter sehari
  • Ibu sentiasa letih dan tidak bertenaga
  • Selalu berfikiran positif dan emosi tidak stabil
Jika telah mengenalpasti punca susu masih kurang, usahakanlah untuk mengatasinya. Ibu juga boleh mencuba mengambil set penyusuan Shaklee mengikut bajet dan keperluan ibu. Hubungi kak zai untuk mengetahui set mana yang ibu perlukan .











Perkara Yang Perlu Ibu Elakkan Semasa Hamil..

Assalamualaikum...

Apa yer perkara yang perlu ibu elakkan semasa hamil? Bila baca tajuk tu mesti kepala terus kata bab pemakanan kan? Hihi...saya la tu..baca tajuk jer terus terfikir "apa yang tak boleh makan masa pregnant ni?"

Tapi sebenarnya saya nak citer bab penyusuan...

Apa la agaknya yang ibu kena elakkan masa hamil ni?

Haa...ni pantang ni tau...pantang masa hamil..hihihi...

Okey lah saya g tau apa yang perlu elak semasa hamil...

Ibu-ibu yang sedang hamil digalakkan supaya mengelakkan diri dari meninjau produk susu dan segala peralatan susu yang cenderung kepada memberi anak susu formula. 

Kenapa yer? Sebab perbuatan ini akan mempengaruhi minda bakal ibu bahawa ibu akan ada alternatif lain selain susu ibu untuk diberikan kepada bayinya. 

Dan kesungguhan ibu untuk menyusukan bayi akan berkurangan kerana minda si ibu sudah di setkan ada alternatif lain selain susu ibu.

Ibu-ibu juga dinasihatkan supaya tidak berbual-bual dengan mereka yang tidak berjaya atau yang telah berputus asa  menyusukan bayi mereka dengan susu ibu apatah lagi dengan ibu yang tidak mendapat sokongan suami untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

Jika ibu mempunyai masalah tidak cukup susu, jangan berhenti daripada menyusukan bayi anda. Kita ada cara untuk selesaikan masalah ini. 

Haaa...dah tau kan perkara kita kena elak semasa hamil bagi memastikan kita berjaya menyusukan bayi kita sehingga genap 2 tahun..In Shaa Allah..jadi bila dah tahu kepada bakal ibu terutamanya...cuba yer elakkan pergi meninjau-ninjau kat shopping complex tu...hihi...


                                  ****************************************************

Hubungi kak zai untuk konsultasi percuma